Tuesday, July 3, 2007

Tips for woman.

Beberapa perkara yang anda harus tahu tentang Lip Waxing.
  • Jangan bercukur kerana ia membuatkan helaian bulu roma pada permukaan bibir tumbuh lebih lebat dan kerap.
  • Elakkan mencabut helaian bulu roma pada atas bibir kamu kerana ia akan meninggalkan kesan merah pada kulit.
  • Jangan lakukan kaedah wax ini kerana ia akan merosakan kulit serta permukaan kulit mudah haus
  • Bagi mengelakan kulit hitam atau hijau, selepas melakukan preses waxing, sapukan jus lemon permukaan kulit .
  • Seelok-eloknya buat pupur unsur lemon dan timun pada wajah bagi mengurangkan pertumbuhan serta ketebalan bulu roma pada wajah.
  • Selain mengaplikasikan losen pada kulit selepas proses waxing anda juga boleh meletakkan kiub ais bagi menghilangkan kesan bisa pada kulit.
  • dan bagi mereka yang mempunyai bulu roma yang tebal, lakukan kaedah ini paling kurang pun 4 bulan sekali.
Tips: Petua yang anda harus tahu.
  • Menaikkan seri wajah: Untuk mengekalkan seri wajah, anda boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari. Khasiat yang terdapat pada kelopak bunga tersebut boleh menaikkan seri pada wajah.
  • Segarkan mata: Bunga bakawali dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk mencerah dan menyegarkan mata. Selepas subuh, ambil sekuntum bunga bakawali yang telah layu dan perah airnya. Perahan air embun pada bunga bakawali yang disapukan pada mata akan menyegarkan mata anda supaya nampak lebih segar.
  • Mengelakkan rambut gugur: Ambil segenggam daun bunga raya serta daunnya dan basuhlah sehingga bersih. Kemudian ramas daun serta bunga raya tersebut sehingga mengeluarkan lendir dan perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam.Lakukan 2 kali seminggu dan hasilnya rambut akan kekal kuat serta hitam semula jadi. Ia juga bagus untuk menyejukkan kulit kepala.